Pertandingan Pembangunan Adab dan Nilai (ADNI) 2025 merupakan satu inisiatif bersepadu yang dirangka bagi melahirkan murid yang berakhlak mulia, berpengetahuan serta berketerampilan dalam pelbagai bidang yang berteraskan nilai-nilai Islam. Pertandingan ini bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi wahana pembentukan sahsiah unggul, pengukuhan adab Islami dan penghayatan nilai murni dalam kalangan murid sekolah rendah.
ADNI 2025 terbahagi kepada empat (4) bahagian utama iaitu:
1) Festival Nasyid & Khat Sekolah-Sekolah (FNKSS) – menampilkan kreativiti murid dalam seni suara dan seni khat Islami.
2) Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah (ILSS) – memberi tumpuan kepada penguasaan bahasa Arab serta bakat syakhsiah dan dakwah murid.
3) Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA) – memberi peluang kepada murid Orang Asli untuk menyertai pertandingan yang mengangkat nilai sejagat dan fitrah insan.
4) Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) – menekankan keindahan bacaan, hafazan serta penghayatan al-Quran.
Berikut disertakan Garis Panduan Pertandingan bagi setiap bahagian :
FESTIVAL NASYID DAN KHAT SEKOLAH-SEKOLAH KPM :
https://drive.google.com/file/d/1VcPDsm6ro1mnSMFpHk5A-uTTVQrN2pw0/view?usp=sharing
IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH KPM :
https://drive.google.com/file/d/1phHyKKuRDfLD5snpzQVzqbs5m3YoQRTY/view?usp=sharing
MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM :
https://drive.google.com/file/d/1aSdZLav-B8GYcF42lprRjA9dsVK2CQ9j/view?usp=sharing
KARNIVAL FITRAH MURID ORANG ASLI KPM :
https://drive.google.com/file/d/16ZjXZWYx4ktaO2J61XaPQ2ppcIMWiRer/view?usp=sharing
Dengan pelbagai pertandingan di bawah setiap bahagian, ADNI 2025 diyakini mampu menyemarakkan semangat cintakan ilmu, memperkasa bakat murid serta memupuk akhlak terpuji dalam suasana yang harmoni dan beradab. Pertandingan ini juga memberi ruang kepada murid untuk menyinar dalam aspek spiritual, intelek dan emosi sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
0 Comments