TALKSHOW 09/23 : Bengkel Guru Super 2.0 @ SMI Al-Amin, Bangi.

 

Pembelajaran digital merujuk kepada proses pembelajaran yang menggunakan teknologi digital, seperti komputer, Internet, perisian pembelajaran, aplikasi mudah alih dan sebagainya untuk memfasilitasi proses pembelajaran dan pengajaran. Ia melibatkan penggunaan peranti digital untuk mengakses bahan pembelajaran, melaksanakan aktiviti pembelajaran, berinteraksi dengan rakan sebaya dan pengajar, serta mengukur dan menilai pencapaian pembelajaran. Pembelajaran digital boleh dijalankan dalam bentuk pembelajaran dalam talian (online learning) atau hibrid, di mana terdapat kombinasi antara pembelajaran dalam kelas dan pembelajaran dalam talian.

Rabu lepas (22/2/2023), saya telah diundang buat kali kedua untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para guru Bahasa Arab di SMI Al-Amin Bangi. Fokus kali ini ialah tentang penyediaan BBM menggunakan aplikasi dan juga proses pembikinan video pembelajaran.



Antara kandungan bengkel kali ini ialah :
- Pembinaan BBM menggunakan Tarsia.
- Pembinaan slide show yang memukau.
- Pembinaan nota digital & rak buku digital.
- Pembikinan video PdP yang wow menggunakan aplikasi kinemaster.





Alhamdulillah, para peserta sangat enjoy sepanjang sesi bengkel kali ini. Setiap sesi dijalankan secara hands on. Para peserta juga diberi tugasan untuk menyediakan satu video pembelajaran dan ianya dipamer untuk penambahbaikan. Rata-rata peserta yang hadir dapat mengikuti apa yang dikongsikan dan dapat menyelesaikan tugasan yang diberi.



Selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta bengkel guru super 2.0 @ Al-Amin Bangi. Semoga kalian dapat mempraktikkan semua ilmu yang dipelajari dan menjadi guru yang super kreatif disatu hari nanti. Terima kasih atas undangan pihak sekolah dan juga pengalaman yang terbaik ini. Jumpa lagi!

MUALLIM HAZAR
25 Februari 2023

Post a Comment

0 Comments