TALKSHOW 08/23 : Israk Mikraj : Satu Kembara Agung @ SK Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh

 

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa dalam sejarah Islam yang sering disebut bersama-sama. Israk merujuk kepada perjalanan malam Nabi Muhammad dari Mekah ke Baitul Maqdis, manakala Mikraj merujuk kepada perjalanan baginda ke Sidratul Muntaha dari Baitul Maqdis.

Menurut sejarah Islam, Israk berlaku pada tahun 621 M, di mana Nabi Muhammad dibawa dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis menaiki seekor makhluk bernama Buraq. Di sana, baginda menjadi imam kepada para nabi dan rasul sebelum naik ke langit.

Semasa Mikraj, yang dipercayai berlaku pada malam yang sama dengan Israk, Nabi Muhammad dikatakan bertemu dengan beberapa orang rasul antaranya Adam, Ibrahim, Musa, Isa dan lain-lain. Kemudian baginda meneruskan perjalanan menuju ke Sidratul Muntaha dan menerima perintah solat di sana. Israk dan Mikraj adalah peristiwa yang penting dalam sejarah Islam dan ianya merupakan mukjizat kedua terbesar bagi baginda rasulullah.


Pada tarikh 17/2/2023, saya diundang untuk berkongsi cerita tentang sejarah yang agung ini bersama warga SK Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Perkongsian selama 1 jam setengah diselit dengan pelbagai aktiviti untuk mengekalkan fokus para peserta. Apa yang membuat saya teruja ialah kesemua warga sekolah turut serta daripada bermula majlis sehingga tamat. Ianya termasuk Puan Guru Besar dan kesemua barisan penolong kanan. Respek!

Selesai majlis, Puan Guru Besar bersama kesemua guru penolong kanan mengiringi saya untuk jamuan ringan. Ini jarang-jarang berlaku di sekolah lain, selalunya yang mengiringi hanyalah KP dan juga para asatizah. Kali ini berbeza. Mereka memang sangat meraikan dan mentakrim tetamu.


Terima kasih diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Sk Bukit Rahman Putra di atas undangan ini. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua yang mendengar dan dapat beramal dengan segala ilmu yang telah dikongsikan.

MUALLIM HAZAR
17 Februari 2023

Post a Comment

0 Comments