TALKSHOW 06/23 : Hayya Bil Arabiyyah @ SRI Integrasi Tahfiz As Syakirin Alam Damai



 
Bahasa Arab adalah bahasa yang digunakan oleh orang Arab dan sebahagian besar masyarakat Islam di seluruh dunia. Bahasa ini adalah bahasa rasmi di beberapa negara Arab dan juga digunakan sebagai bahasa ibadah dalam agama Islam. Bahasa Arab memiliki sejarah yang panjang dan kaya serta memainkan peran penting dalam sejarah dan budaya Timur Tengah.

Semalam, saya berpeluang untuk bersama-sama murid-murid tahap dua di Sek Ren Islam Integrasi Tahfiz As Syakirin cawangan Alam Damai dalam slot motivasi Hayya Bil Arabiyyah. Slot selama dua jam ini diisi dengan pelbagai aktiviti untuk melahirkan rasa cintakan Bahasa Arab dan membuka minda murid-murid tentang betapa pentingnya mempelajari Bahasa Arab. 


Slot dimulakan dengan perkongsian tentang hala tuju penutur dan mereka yang mempelajari Bahasa Arab dalam semua aspek. Ini kerana, Bahasa Arab boleh dikatakan bahasa kedua terpenting di dunia terutamanya dalam urusan perniagaan, pelancongan dan sebagainya. Perkongsian bersama 40 orang murid ini diselang-seli dengan pelbagai aktiviti. Ini membuatkan mereka tidak berpeluang untuk mengantuk atau bosan ketika mengikuti slot ini.




Antara aktiviti yang dijalankan ialah permainan, nyanyian, pergerakan dan juga brain-gym serta energizer untuk memastikan para peserta kekal fokus sepanjang program. Alhamdulillah, ianya mendapat maklum balas yang amat positif daripada pihak guru dan juga peserta.

Dikesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah di atas jemputan ini. Semoga para peserta akan terus mencintai Bahasa Syurga ini dan terus berjaya di dunia dan di akhirat. Pagi ini, satu lagi slot program yang sama bersama murid-murid SRIIT As Syakirin cawangan Bandar Seri Putra pula. Mohon doa daripada semua ya. 

MUALLIM HAZAR
10 Februari 2023

Post a Comment

0 Comments