21-23 Januari 2023 @ Homestay D'Anggerik, Sungai Ramal Dalam, Bangi.
Alhamdulillah, dapat berkumpul dengan semua adik beradik dan ahli keluarga. Umi, tokmek, lima anak, tiga menantu dan sebelas cucu.
Family day kalini sempat la beraktiviti sama-sama. Kaut duit dengan sudip, tiup belon sampai pecah, isi air dalam botol dan rebut gula-gula. Anak-anak dan makpak nya semua enjoy. Siang bebudak pulun mandi kolam, malam kita layan BBQ.
Homestay dan roomstay kat sini suasananya ala-ala kampung. Ada satu rumah dua bilik lengkap dengan dapur dan ruang tamu, attach dengan satu bilik yang agak luas juga (satu katil queen, satu katil single dan dapur mini). Yang lain terdapat beberapa buah roomstay yang sesuai dua atau tiga orang. Kemudahan lain, terdapat private pool, kolam ikan patin, tempat BBQ dan ruang makan luar, kemudahan wifi serta parking yang luas.
Kalau nak booking keseluruhan kawasan ni, kena sewa minima lima bilik sahaja dengan kos RM600 sahaja satu malam. Serious laa murah sebab Bangi kot kan. Fasiliti lengkap pulak tu. Cumanya kebersihan bahagian luar tu biasa biasa je lah. Dinding luar tu berlumut, kolam ikan pun tak nampak rupa ikan dan ada barang-barang tak berkemas kat luar rumah tu.
Bahagian dalam rumah pun biasa biasa je macam rumah kampung. Langsir biasa, katil tilam biasa. Bukan mood hotel lah. Tilam single kat bilik kami tu siap berplastik lagi. Tak sedap nak tidur dok rasa ada plastik bawah tu. Saya syak, tilam sebelum ni kena urinate dah kot. Tu yang owner takmo bukak plastik. Hehe. Next time boleh consider beli waterproof sheet protector gini :
https://shope.ee/6pSUSklQwb
So far bagi saya masih berbaloi kalau nak sewa dan bagi anak mandi kolam puas-puas. Lokasi pulak strategik, nak masak sendiri boleh, nak makan kat luar pun melambak kedai makan. Lima minit je ke PKNS Bangi, tepi tu ada McD, depan tu pun penuh kedai makan.
Thanks pakcik owner yang baik. Ada rezeki kami datang lagi.
0 Comments