Doa Ibubapa Untuk Anak-anak Yang Menduduki Peperiksaan

 


Dalam Islam, doa dianggap sebagai senjata yang kuat bagi orang yang beriman. Ia adalah cara bagi orang yang beriman untuk berhubung dengan Allah untuk memohon petunjuk, perlindungan dan bantuan-Nya. Melalui doa, umat Islam boleh mengutarakan rasa terima kasih, memohon keampunan dan memohon bantuan dalam mengatasi cabaran dan ujian.

Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa. Justeru itu, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita. Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya :

ÙˆَÙ‚َالَ رَبُّÙƒُÙ…ُ ادْعُونِÙŠ Ø£َسْتَجِبْ Ù„َÙƒُÙ…ْ

Maksudnya : “Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."

Doa yang paling mustajab ialah doa daripada ibu bapa kepada anaknya. Daripada Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

دُعَاءُ الْÙˆَالِدِ Ù„ِÙˆَÙ„َدِÙ‡ِ Ù…ِØ«ْÙ„ُ دُعَاءِ النَّبِÙŠِّ لأُÙ…َّتِÙ‡ِ

Maksudnya: “Doa seorang ayah (atau ibu) untuk anaknya, seperti doa Nabi kepada umatnya.”

Dikongsikan doa ibu bapa untuk anak-anak yang bakal atau sedang menduduki peperiksaan :

Pautan : https://youtu.be/6fMAarMjdL4

__________________________________________________

Bismillah…

Ku Mulai Doa Ini Dengan Pujian Buatmu, Tiada Yang Selayaknya Dipuji Melainkanmu,Penguasa Langit Dan Bumi Serta Apa Yang Ada Diantara Kedua. Dia Yang Tidak Pernah Tidur, Mengantuk Mahupun Lupa.. Allah...

Sejahtera Dan Salam, Sentiasa Dan Tidak Pernah Diam, Buat Cahaya Seluruh Alam, Yang Tidak Pernah Padam, Buatmu Kekasih Hati Kami, Muhammad S.A.W Junjungan Nabi.

Wahai Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar. Rintihan Anak Kami Yang Tidak Kami Sedar. Mahupun Tangisan Mereka Yang Disembunyi Daripada Mata Kasar. Kau Gantikan Setiap Resah Gelisah Dengan Rezeki Yang Baik Dan Melimpah. Kau Gantikan Air Mata Yang Tumpah, Dengan Rahmatmu Yang Tiada Penghujung Dan Tiada Sudah.

Di Wajah Anak-Anak Kami, Terlihat Jelas Garis-Garis Kepenatan Yang Menggelap, Maka Kau Jernihkanlah Wajah Mereka Dengan Cahayamu Yang Sinarnya Tidak Kunjung Malap.

Bangunnya Anak-Anak Kami Setelah Beberapa Kali Jatuh, Kau Berikan Mereka Keajaibanmu Sehingga Semangatnya Utuh, Kembali Teguh, Dengan Rasa Yang Penuh.

Bangkitkan Kembali Jiwa Mereka Dengan Kekuatan, Menyerap Ke Setiap Urat Nadi Menjadi Sebatian, Merah Menyala Kembali Api Kemahuan, Bangkit Tangkas Melonjak Tinggi Ke Awan.

Ya Allah, Lindungi Mereka Sentiasa Dengan Doa Dari Orang-Orang Yang Disayangi, Ibubapa, Guru, Saudara, Rakan Sejati, Alirkan Rasa Kasih Dan Sayang Kami Ke Dalam Hati Anak-Anak Kami, Seumpama Aliran Air Yang Tenang Di Kali, Menumbuhkan Bunga-Bunga Di Taman Hati, Agar Mereka Sentiasa Rasa Dicintai.

Allahumma, Mudahkanlah, Apa Yang Susah. Singkapkanlah Apa Yang Tersembunyi. Ingatkanlah Apa Yang Terlupa. Terangkanlah Apa Yang Gelap. Dekatkanlah Apa Yang Jauh

Allahumma, Hindarilah Mereka Dari Resah Gelisah, Gundah Yg Tidak Sudah, Akal Yang Buntu Tidak Boleh Diperah, Masa Yang Tidak Cukup Dan Berubah-Ubah, Gangguan Tumpuan Yang Melelah.

Allahumma, Istajib Du'a'ana, Tiada Siapa Lagi Tempat Untuk Kami Berpaut Selain Darimu, Dengan Penuh Rasa Kehambaan, Kami Lepaskan Cinta Hati - Cinta Hati Kami Di Lembah Tawakkal Kepadamu, Kerana Kami Yakin Hanya Kau Yang Mampu Menjaga Mereka Dengan Baik.


Bacaan Doa Oleh : Muallim Hazar
Nukilan : Abi Izham


Post a Comment

0 Comments