Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan
bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia akan
melaksanakan proses pengumpulan data pencapaian murid program j-QAF tahun 2022
dengan menggunakan system pelaporan sedia ada. Pengumpulan data pencapaian
program j-QAF tahun 2022 akan dilaksanakan pada bulan Januari dengan hanya
melibatkan murid tahun 5 dan 6 sahaja.
Berikut merupakan taqwim dan garis masa pengumpulan data pencapaian murid program j-QAF tahun 2022 TERKINI :
Disertakan juga dokumen Manual Pengoperasian Sistem e-Pelaporan Program j-QAF Tahun 2022 yang boleh dimuat turun dengan menggunakan pautan di bawah :https://drive.google.com/file/d/1bUYXWfVY3sAnGC-aH0SX5IDMy0hhrjA_/view?usp=sharing
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua para asatizah.
MUALLIM HAZAR
3 Januari 2023
0 Comments