Assalamualaikum & salam sejahtera.
Semalam, pada tarikh 21 Januari 2023 telah diadakan majlis penyatuan hati anakanda abg Zaidi (ketua kumpulan Wildan) bersama pasangan pilihannya. Majlis pernikahan dan perkahwinan ini diadakan di Gerbang Astaka Event, Jalan Kebun, Klang. Meriah! ianya amat meriah dengan kehadiran para jemputan. Dianggarkan lebih 1500 tetamu yang hadir memeriahkan majlis.
Saiyidah Nafisah (pengantin perempuan) boleh dianggap sebagai anak kami sendiri. Sedari kecil mengenali beliau. Begitu juga al-marhumah ibu beliau (isteri abg Zaidi). Saya mengenali keduanya sedari tahun 2003 ketika mana saya dipelawa untuk menyertai kumpulan nasyid Wildan. Boleh dikatakan, saya menjadi saksi segala kebaikan yang telah al-marhumah lakukan sepanjang hayatnya. Begitu juga dengan pengantin perempuan. Beliau membesar di depan mata kami.. Disebabkan itu, majlis kali ini amat meriah dengan kehadiran para Musyid Malaysia serta pemain-pemain industri tempatan.
Sebenarnya, kami (Munsyid Malaysia) amat jarang dapat berkumpul sebegini. Sebelum ini, kami hanya berkumpul dalam kumpulan kecil untuk usrah sahaja. Kali ini, boleh dikatakan kesemua para Munsyid Malaysia hadir ke majlis untuk memeriahkan suasana.
22 Januari 2023
0 Comments