Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Edufluencer (Pempengaruh Pendidikan) terus mendapat liputan daripada media massa. Terkini, ianya telah mendapat liputan daipada Buletin Utama TV3 yang bersiaran pada 13 Disember 2022. Mungkin ramai dikalangan rakan-rakan belum mengetahui tentang edufluencer ini. Jom kita ikuti kupasan ini :
Secara ringkasnya, ianya merupakan satu pengiktirafan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) kepada para guru yang aktif berkongsi ilmu, latihan dan kemahiran di medial sosial dan juga secara bersemuka. Alhamdulillah, saya juga merupakan salah seorang guru yang telah terpilih kali ini dan dilantik secara rasmi sebagai edufluencer KPM batch kedua.
Pertemuan kali pertama bersama para Pempengaruh Pendidikan telah diadakan pada 28-30 Oktober 2022. Sehingga kini, jumlah Pempengaruh Pendidikan @ Edufluencers telah pun mencecah 181 orang.
4 Comments
Tahniah ya Muallim Hazar. Keep it up menyumbang ilmu buat manfaat semua. Vrooooommmmmm....jalan terus jangan kona-kona :-P
ReplyDeleteterima kasih kakong idola...tengah pening memilih theme..haha
DeleteTahniah Muallim Hazar. Alhamdulillah...
ReplyDeleteterima kasih akak...doakan ambo eh
Delete